Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Get This.

Sunday, August 7, 2011

KEKASIH HATI..~~

Dalam Islam sebenarnya ada istilah kasih sayang..
Apa?? Tak tahu? Ishh3.....
tu la korang, ingat nak berendut macam orang putih je..
Cuba la buat cara Islam, kan cantik, muslim dan Muslimah yg sebenar ialah korang2 yg penuh dgn kasih sayang, baru la Allah sayang dkat kita.

       

> PENCIPTA KITA


Dialah Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Buktinya semua yg ada di sekeliling kita dgn kita2 sekali diciptakan-Nya dgn begitu Indah,
lepas tu diberi rezeki & macam2 lagi wlaupun kita tak rajin nak solat, perangai jahat, hati kelat, kaki maksiat..
Kalau tak kerana sifat kasih sayangnya dah lama kita semua diperhambat, kena lanyak lumat..
Jadi, sementara masih ada hayat apa kata kita hayati kasih sayang yg diberikan..
Zahirkan dalam bentuk ibadat, bawak2 la bertaubat, sucikan hati kerana itu saja yang akan dinilai di akhirat..
Cinta tu kan letaknya di hati, jadi apakah yang paling dekat di hati kita hari ini???

> NABI KITA



Dah la tak hidup sezaman, setakat tahu nama jeq..
Rupa macam mana pun tak tahu..
Pergilah surau atau masjid dengar sirah Nabi. s.a.w, baru tau macam mana baginda sayang dkat kita umatnya..
Susah payah baginda Rasulullah s.a.w..
nak menyempurnakan ajaran Islam supaya kita dapat hidup dlm nikmat, mengetahui hikmat bertuhankan Allah & bukannya busut, berhala serta manusia..
Selawat la banyak2 tanda cinta kita kepadanya, insan yg menjadi rahmat utk sekalian alam.


> DIRI KITA

Buruk mcm mana pun rupa, tak senonoh mcm mana perangai,
kita tentunya sayangkan diri sendiri..Sebab tu Islam tak bagi kita bunuh diri..
Ni korang hari2 buat cubaan membunuh diri..
Speeding la, rempit la, pil kuda la, merokok la, semua kerja nak bunuh diri je..
Allah dah bagi badan cukup sifat pun korang tak nak bersyukur..

Renung-renungkan dan selamat beramal...

2 comments:

  1. saya diri kita cm ne ek.. tu yang paling aku muskil.. sebab nak sayang diri sndiri ni la yang paling susah kn :)

    ReplyDelete
  2. sayangilah dr sdr...tp manusia ni slalo x bersyukur kan..:)
    insaf n muhasabah diri

    ReplyDelete